BENGKEL PENGURUSAN PORTAL JABATAN PENDAFTAR MENGGUNAKAN APLIKASI JOOMLA
Bahagian Pengurusan Governan, Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Sesi Latihan Pengurusan Portal Jabatan Pendaftar bersama Penasihat Portal Jabatan Pendaftar, Encik Faizul Azley bin Abd Muain dalam usaha mempraktikkan dan mengasah kemahiran pegawai dan kakitangan dalam pengurusan portal rasmi jabatan. Objektif utama latihan ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai penggunaan aplikasi Joomla, termasuk kaedah mengeinterpretasikan bahan rujukan dengan lebih efektif dalam satu pautan yang mudah diakses oleh warga UMPSA dan masyarakat umum. Selain itu, peserta juga diberikan peluang untuk menjalani sesi latihan praktikal bagi mengasah kemahiran dalam pengurusan aspek teknikal portal yang pelbagai. Semoga bengkel ini dapat memberikan manfaat yang signifikan dan memperkasa kemahiran semua peserta.
Masa : 12 Januari 2025 – 13 Januari 2025 (Rabu & Khamis)
Tarikh : 09:00 Pagi - 05:00 Petang
Masa : Makmal Komputer, Perpustakaan UMPSA Pekan
Penceramah : Encik Faizul Azley bin Abd Muain