PROGRAM KANAK-KANAK MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT UMPSA TAHUN 2025
9 September 2025 | Taska Ar-Raudah, UMPSA Pekan
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Program Kanak-Kanak Merdeka Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat UMPSA Tahun 2025 bertempat di Taska Ar-Raudah, UMPSA Pekan.
Seramai 22 orang kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun dari Taska Ar-Raudah, UMPSA Gambang dan Pekan telah menyertai aktiviti pertandingan persembahan yang menampilkan bakat serta kreativiti mereka.
Turut hadir memeriahkan program ialah YH Dato’ Saiful Bahri bin Ahmad Bakarim, Pendaftar @ Ketua Pegawai Operasi, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah serta Puan Zubaidah binti Husin, Pengusaha Taska Ar-Raudah.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai semangat patriotik di samping menyediakan ruang untuk mereka menonjolkan bakat serta menanam rasa cinta kepada negara sejak usia muda. Semoga program tahunan ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mengeratkan lagi hubungan antara pihak universiti, taska serta ibu bapa.

Latest News
15 September 2025
15 September 2025