BENGKEL TASKFORCE PEMBANGUNAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI STAF AKADEMIK (APS) SIRI 2
1 DISEMBER 2023 - Bengkel Taskforce Pembangunan Sistem Penilaian Prestasi Staf Akademik (APS) telah diadakan di Swiss 1, Level 3A Swiss-Belhotel Kuantan. Bengkel ini adalah bertujuan untuk mewujudkan sistem pengurusan prestasi bagi staf akademik (Skim DS, DG dan DV) yang komprehensif, sistematik, objektif, adil, telus dan keseragaman penilaian.
Bengkel ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman selaku Pengerusi Taskforce APS dan telah merasmikan bengkel APS Siri 2 kali ini.
Turut hadir -
1. Dato' Saiful Bahri bin Ahmad Bakarim, Ketua Pegawai Operasi UMPSA
2. Encik Abdul Shukur bin Ishak, Pengurus Besar Jabatan Pendaftar
3. Prof. Madya Ir. Dr. Mohamad Rizza bin Othman, Pakar Runding Pembangunan Sistem APS
4. Dekan-Dekan & Pengarah daripada semua fakulti/jabatan
Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua ahli Taskforce yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam membantu Universiti dalam mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (PPU) Pelan Strategik UMPSA25.
Kredit: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.