MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 DAN HARI MALAYSIA 2025 PERINGKAT UMPSA
17 September 2025 | Dewan Bankuet, UMPSA Pekan
Jabatan Pendaftar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, khususnya warga UMPSA, yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan keseluruhan program sepanjang Bulan Kemerdekaan 2025 hingga ke acara kemuncak Majlis Penutup Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia 2025.
Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Ts. Dr. Aida binti Mustapha, mewakili Naib Canselor, Profesor Dr. Yatimah binti Alias.
Sepanjang lebih sebulan, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyemarakkan sambutan di UMPSA dengan penganjuran 13 program di bawah lima kluster utama, melibatkan lebih 400 peserta, 200 sekretariat serta kerjasama 17 agensi.
Antara program yang mendapat sambutan termasuklah:
* Merdeka Night Run
* Ekspedisi Kayak Merdeka UMT
* Misi Merdeka di Puncak Kinabalu
* Kembara Merdeka Jejak Alumni
* Khutbah Merdeka
* Pameran Kemerdekaan
* Ceramah Merdeka
* Program Alun Puisi 8 Jam
* Penyertaan dalam Perbarisan Peringkat Negeri Pahang dan Daerah Pekan
* Program Kanak2 Merdeka
* Pertandingan Tiktok Gaya Hidup Sihat Merdeka
* Pertandingan Kampus Madani:Hias Pejabat.
Seiring dengan itu, sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada semua pemenang pertandingan dan penyertaan sepanjang penganjuran program-program Bulan Kemerdekaan 2025, yang telah menunjukkan komitmen tinggi, kreativiti serta semangat patriotik yang membanggakan. Ucapan tahniah yang khusus juga ditujukan kepada warga Jabatan Pendaftar atas penglibatan cemerlang dan pencapaian yang membuktikan kesungguhan serta iltizam dalam menjayakan agenda sambutan kemerdekaan di peringkat universiti. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyertaan aktif dan pencapaian gemilang dalam program-program akan datang, selari dengan aspirasi UMPSA sebagai sebuah institusi yang progresif, berdaya saing dan berpaksikan nilai-nilai kebitaraan negara.
Sama-sama kita terus menghayati erti kemerdekaan dan menyemarakkan semangat patriotik demi Malaysia tercinta!