PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UMPSA
9 September 2025 | UMPSA Pekan
Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat universiti yang berlangsung meriah di Dataran Canseleri UMPSA.
Kontinjen Jabatan Pendaftar merupakan Kontinjen ke-12 daripada penyertaan pelbagai jabatan dan fakulti di UMPSA. Perarakan ini diketuai oleh Tuan Ahmad Fauzi bin Ahmad Bakti, Pengarah Pusat Keselamatan Universiti, dengan penglibatan penuh semangat daripada warga jabatan.
Sambutan ini menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah serta menzahirkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW selain memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan warga kampus.
Penyertaan Jabatan Pendaftar ini turut mencerminkan komitmen jabatan dalam mendukung aspirasi universiti ke arah melahirkan warga UMPSA yang seimbang dari segi rohani dan jasmani, seiring dengan tema sambutan pada tahun ini.
#PerarakanMaulidurRasulUMPSA

Latest News
15 September 2025
15 September 2025