PROGRAM BACK TO SCHOOL UMPSA 2025
By
MOHD MUKHRIS
Hits: 116
22 Januari 2025 | Dewan Serbaguna, UMPSA Pekan
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Yayasan UMPSA telah mengadakan program Back to School UMPSA 2025 yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada anak-anak staf UMPSA yang berstatus B40.
Seramai 94 orang pelajar menerima bantuan tersebut yang diadakan serentak di dua buah lokasi iaitu di UMPSA Pekan (64 orang) dan Kampus Gambang (30 orang).
Program yang berlangsung di Dewan Serbaguna UMPSA Pekan itu dihadiri oleh Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UMPSA, Yang Hormat Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim bagi menyampaikan sumbangan dan menyantuni anak-anak serta staf UMPSA.
Hadir sama Ketua Eksekutif Yayasan UMPSA, Mohd Jamil Mohd Ja'afar dan Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pendaftar, Abdul Rahman Ahmad.
Menurut Yang Hormat Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim, program Back to School ini merupakan satu program amal komuniti tahunan yang bertujuan untuk membantu warga UMPSA daripada golongan B40 bagi meringankan beban keluarga menyediakan persiapan kelengkapan sekolah anak-anak yang memulakan sesi persekolahan pada 17 Februari nanti.
Kelengkapan sekolah ini terdiri daripada pakaian sekolah, stoking, kasut, beg sekolah, dan alat tulis buat anak-anak yang akan melangkah ke alam persekolahan tidak lama lagi.
Pada hari yang sama juga akan turut diadakan penyerahan bantuan yang dijalankan pada jam 2.00 petang bertempat di Blok W, UMPSA Kampus Gambang.
Program ini adalah sebahagian daripada usaha UMPSA untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah khususnya dalam persiapan anak-anak mereka untuk kembali ke sekolah.
Pihak universiti berharap dapat meringankan beban kewangan keluarga dan memberi sokongan kepada pelajar agar mereka dapat memulakan tahun baru persekolahan dengan semangat yang tinggi.
Kredit: UMPSA Malaysia