REGISTRAR'S DEPARTMENT   

REGISTRAR'S DEPARTMENT

News & Events

EXPEDISI JEJAK PAHLAWAN KEMERDEKAAN KE-68

EXPEDISI JEJAK PAHLAWAN KEMERDEKAAN KE-68

3 September 2025 | Hutan Lipur Eco Rimba

Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mencipta sejarah di mana seramai 16 orang staf dari Pusat Keselamatan telah berjaya melaksanakan Expedisi Jejak Pahlawan Kemerdekaan Ke-68 di Hutan Lipur Eco Rimba Jerangkang pada tanggal 3 September 2025.

Ekspedisi ini dilaksanakan bertujuan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal anggota keselamatan UMPSA dengan mengambil semangat kemerdekaan disamping menerokai keindahan air terjun Jerangkang yang mendapat jolokan “Hilton”, “Infinity Pool” atau “Shang Ri La” kerana mempunyai kolam-kolam air terjun bertingkat yang berwarna biru kehijauan.

Sepanjang ekspedisi dilaksanakan, pelbagai rintangan terpaksa diharungi seperti meredahi cabaran jalan tanah merah yang berlumpur sejauh 3 kilometer sebelum tiba di lokasi base camp dan disambung dengan aktiviti mendaki sebelum tiba di lokasi air terjun. Peserta juga berjaya melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu membersihkan sampah sarap seperti plastik dan botol minuman di sekitar kawasan air terjun.

Ekspedisi yang bermula pada jam 8.00 pagi telah tamat dengan selamat dan jayanya tanpa sebarang insiden pada jam 3.00 petang.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025

"Malaysia Madani: Rakyat Disantuni"