REGISTRAR'S DEPARTMENT   

REGISTRAR'S DEPARTMENT

News & Events

ACARA PERBARISAN & PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI PAHANG

ACARA PERBARISAN & PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI PAHANG

31 Ogos 2025 | Padang MBK 1 Kuantan



Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen UMPSA Daerah Kuantan atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam kategori Pewaris Bangsa sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Pahang 2025.



Ucapan terima kasih khususnya ditujukan kepada Ketua Kontinjen, En. Mohammad Hafizi bin Ali & Pembantu Kontinjen, En. Mohd Rosli bin Harun dari Pusat Keselamatan atas komitmen, kepimpinan dan dedikasi tinggi yang menjadi tunjang kejayaan ini. Kejayaan ini turut disemarakkan dengan penyertaan aktif staf Jabatan Pendaftar sebagai sebahagian daripada kontinjen, mencerminkan semangat kesepaduan dan jati diri warga UMPSA.

Hadir sama Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias sebagai tanda simbol sokongan padu dari kepimpinan tinggi UMPSA.

Dalam pada itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan sokongan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan warga UMPSA


#HRUMPSASHARING #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni #Merdeka2025