REGISTRAR'S DEPARTMENT   

REGISTRAR'S DEPARTMENT

News & Events

SEMARAK SEMANGAT KESUKARELAWANAN DI KAMPUNG KUALA TAHAN

SEMARAK SEMANGAT KESUKARELAWANAN DI KAMPUNG KUALA TAHAN

 Jerantut, 6 Julai 2025

Semangat kesukarelawanan dan nilai keprihatinan sosial terus disemarakkan menerusi penganjuran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jabatan Pendaftar UMPSA: Komuniti Hijau Kampung Kuala Tahan, yang berlangsung meriah dengan kerjasama wakil penduduk setempat.

Program ini melibatkan penyertaan 49 staf Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Tahan dalam menzahirkan solidariti antara institusi pendidikan tinggi dan komuniti luar bandar.

WhatsApp Image 2025 07 07 at 8.53.16 PM 2


Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Saiful Bahri bin Ahmad Bakarim, Pendaftar merangkap Ketua Pegawai Operasi UMPSA, dan Encik Abdul Jalil bin Abd Rahman, Pengerusi JPKK Kuala Tahan, yang bersama-sama merasmikan program ini dalam suasana mesra dan penuh simbolik.

Penganjuran program ini secara umumnya bertujuan untuk:
1. Menjayakan agenda kelestarian UMPSA selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya:
* ✅ SDG 1: Tiada Kemiskinan – melalui penyaluran bantuan kepada keluarga asnaf;
* ✅ SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim – melalui aktiviti penjagaan alam sekitar
2. Mengeratkan hubungan universiti-komuniti melalui pelaksanaan program yang dirangka mengikut keperluan penduduk setempat.
3. Menyemai budaya tanggungjawab sosial dalam kalangan staf disamping memastikan pelaksanaan CSR menjadi agenda di peringkat jabatan.

Menurut Pengerusi JPKK Kuala Tahan, Encik Abdul Jalil bin Abd Rahman yang lebih mesra disapa "Aki" oleh penduduk setempat, “Program kebersihan merupakan keutamaan bagi penduduk Kampung Kuala Tahan memandangkan kawasan ini adalah destinasi pelancongan yang perlu sentiasa dijaga kebersihannya. Usaha ini juga seiring dengan penerimaan dana Sejati Madani oleh JPKK, yang memberi tumpuan kepada agenda kitar semula dan kebersihan di peringkat komuniti”.

Program ini juga melibatkan Sesi Penyerahan Sumbangan Asnaf kepada 10 keluarga terpilih daripada Kampung Kuala Tahan dengan setiap keluarga menerima bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas bagi meringankan beban golongan memerlukan.

 

 


Print   Email
Image
— Contact
JABATAN PENDAFTAR
Canseleri Tun Abdul Razak
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur.
+609 431 5033

— Quick Link