REGISTRAR'S DEPARTMENT   

REGISTRAR'S DEPARTMENT

News & Events

KEJOHANAN SUKAN ANTARA JABATAN (INTER PTJ) UMPSA 2025

 

29 Julai 2025 - 02 Ogos 2025

Kejohanan Sukan Staf Antara Jabatan (INTER PTJ) UMPSA 2025 kini telah melabuhkan tirainya, mengakhiri sebuah temasya penuh semangat kesukanan, kekuatan mental dan semangat berpasukan yang luar biasa.

Setinggi-tinggi tahniah & penghargaan kepada semua Atlet Jabatan Pendaftar yang telah memberi komitmen, semangat juang dan semangat kesukanan yang membanggakan sepanjang kejohanan ini.  Anda semua adalah wira dan wirawati jabatan yang sejati

πŸ† Status Pencapaian Atlet Jabatan Pendaftar πŸ†

🏸 Badminton: Peringkat Kumpulan
πŸ“ Ping Pong: Suku Akhir
πŸ€ Netball (Lelaki): Tempat Ke-4
πŸ€ Netball (Wanita): Peringkat Kumpulan
⚽ Bola Sepak: Tidak Bertanding
β›³ Golf: Tempat Ke-6
🏐 Petanque (Lelaki): Peringkat Kumpulan
🏐 Petanque (Wanita): Peringkat Kumpulan
🚣 Kayak: Peringkat Knock-Out
🏐 Lawn Bowls: Suku Akhir
β™ŸοΈ Catur: Tidak Bertanding
🎳 Bowling (Lelaki): Tempat Ke-4
🎳 Bowling (Wanita): Tempat Ke-3 πŸ₯‰

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada pasukan Tenpin Bowling Wanita Jabatan Pendaftar yang berjaya meraih Tempat ke-3 serta menjadi penutup kejohanan ini dengan pencapaian yang membanggakan!

Walaupun kejayaan podium tidak sepenuhnya milik kita tahun ini, semangat kesatuan dan kesungguhan yang ditunjukkan adalah pencapaian sebenar yang harus dibanggakan. Team Pendaftar akan bangkit lebih menyengat. Tampil lebih bersedia. Berjuang dengan lebih semangat untuk INTER PTJ UMPSA yang akan datang. Teruskan menyemarakkan semangat juang ini, kerana langkah hari ini adalah permulaan kepada lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Bangkit, Melangkah, MenyerlahπŸ…

Sekian, terima kasih.