PROGRAM BICARA NEGARA KONSEP MELAYU ISLAM RAJA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN
27 Ogos 2025 | UMPSA Pekan
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini menganjurkan Program Ceramah Kemerdekaan Sempena Bulan Kebangsaan Ke-68 bertempat di Dewan Auditorium, Perpustakaan UMPSA Pekan. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan warga universiti.
Majlis dimulakan dengan ketibaan jemputan disusuli lawatan ke pameran di lobi perpustakaan sebelum upacara rasmi berlangsung. Hadir sama, Pendaftar UMPSA, Dato’ Saiful Bahri bin Ahmad Bakarim yang turut menyampaikan ucapan aluan kepada para hadirin. Turut hadir Ketua Pustakawan, Cik Kamariah Gono.
Ceramah yang disampaikan oleh Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Dato’ Ahmad Farid Abd Jalal yang menekankan peri pentingnya generasi muda memahami sejarah perjuangan negara serta meneruskan amanah mempertahankan kedaulatan tanah air.
Program turut memberi ruang kepada sesi soal jawab yang menyaksikan perkongsian idea dan pandangan peserta terhadap isu-isu berkaitan semangat patriotisme. Penganjuran program ini diharap dapat menyuntik semangat nasionalisme warga UMPSA dalam menghayati erti kemerdekaan dan menghargai jasa pejuang terdahulu.
#umpsasharing #UMPSA #UMPSAMalaysia #Merdeka #bulankemerdekaan

Latest News
15 September 2025
15 September 2025